Bermula dengan sebungkus ubi pedas basah.
Kerepek Mastuki bermula sebagai perniagaan keluarga pada tahun 1991 di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Produk utamanya: ubi pedas basah, menjadi tulang belakang perniagaan, dan hasil jualannya membina sebuah kilang sekaligus menubuhkan HJ Mastuki Supplier & Trading Sdn. Bhd.
Hari ini kami pengeluar, pembekal dan pemborong pelbagai jenis kerepek dan kuih raya. Dengan pembungkusan moden yang bersih dan berkualiti, kami komited membawa rasa tradisional ke seluruh Malaysia melalui pasaran fizikal dan atas talian.
Pengeluar
Pembekal
Pemborong